GABUNGAN Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM)
yang
memayungi 11 pertubuhan anak seni khususnya dalam perfileman dan muzik
di negara ini mula merangka kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup terhadap
golongan penggiat seni.
Kerjasama itu menjurus kepada usaha membantu meningkatkan pendapatan kebanyakan anak seni dalam bidang filem dan
televisyen serta muzik yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau gaji
bulanan, termasuk caruman KWSP selain meningkatkan pendapatan bulanan
minimum RM1,200 sebulan.
Ketika
ini, masih ada ramai penggiat seni yang bekerja sebagai krew sesebuah
produksi filem cuma mendapat upah sekitar RM700 dan menghadapi masalah
untuk mendapatkan kerja tetap berikutan ia bergantung kepada tempoh
projek produksi yang disertainya.
Contohnya,
jika seorang operator kamera atau pembantu produksi bidang penataan set
ditawarkan bayaran upah sebanyak RM1,000 untuk satu penggambaran
telemovie ia hanya mampu untuk mengikut produksi dalam tempoh dua minggu
saja, kemudian tenaga krew itu terpaksa menganggur kerana terpaksa
menunggu pula projek lain yang tidak pasti ada atau tidak.
Ketua
Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menerima kunjungan hormat Presiden
GAFIM, Jurey Latiff Rosli dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional
Filem Malaysia (PROFIMA), Kapten (K) Khir Mohd Noor di pejabat PPIM, di
ibu negara, baru-baru ini.
Dalam
pertemuan itu, Nadzim menggesa GAFIM untuk meneliti semula isu gaji
pekerja filem dan sesuatu harus dilakukan dengan mendesak kerajaan untuk
berbuat sesuatu dalam masa terdekat.
“Kita
kena kaji semula apa kelemahan dalam industri hiburan khususnya bidang
perfileman dan TV yang menyebabkian ramai krew dikatakan masih bergaji
rendah, tidak mencapai standard gaji minimum di negara ini. Kita di PPIM
sedia bekerjasama, suara GAFIM harus lebih kuat untuk memperjuangkan
isu ini,” katanya dalam pertemuan itu.
Sementara
itu, Jurey Rosli berkata, sokongan PPIM yang mahu membantu GAFIM sangat
dialu-alukan demi masa depan penggiat bidang perfileman di negara ini.
“Kita
kesal sebab standard gaji bidang penerbitan filem dan drama TV tidak
berlaku adil, masih ada krew yang cuma bergantung dengan pendapatan
purata sebulan RM700. Mereka ini tidak ada slip gaji dan sukar untuk
mendapat pinjaman beli rumah dan kereta,” katanya kepada TabS selepas
pertemuan itu.
Bagi
Khir, isu berkenaan sebenarnya sangat menyedihkan sebab orang anggap
kerja dalam dunia filem atau penerbitan TV memang indah dan mungkin
mewah sebab mereka nampak gaya hidup bintang filem yang mewah, tapi
malangnya nasib ramai krew tidak menentu termasuklah mereka yang jadi
pelakon bukan sepenuh masa.
“Ramai
krew filem yang masuk kategori miskin tegar, tidak mampu beli rumah
sendiri dan tidak boleh beli harta sebab tidak ada gaji tetap, selain
ada krew yang tepaksa buat kerja lain sebagai ikhtiar mencari pendapatan
sampingan demi survival,” katanya. - TabS
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
ReplyDeleteNama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete