Monday, May 13, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS TAKLIMAT PINDAAN AKTA HAKCIPTA & ROYALTI- FAEDAH KEPADA PENERBIT TV


Kepada semua penerbit/ahli,
YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan


Salam 1Malaysia.
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa PTVM akan menganjurkan `Majlis Taklimat Pindaan Akta Hakcipta & Royalti- Faedah Kepada Penerbit TV’ dengan kerjasama MyIPO dan GAFIM.

Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan pindaan terkini yang telah digubal pada Disember 2012 akta hakcipta dan royalti serta bagi membincangkan perihal pengutipan royalti bahan penerbitan TV dan penubuhan badan kutipan royalti. Semua ahli atau wakil syarikat adalah dijemput ke majlis ini pada ketetapan berikut :

TARIKH                     :           15 Mei 2013, Rabu.
MASA                        :           9.30 pagi
TEMPAT                    :           Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.

ATURCARA MAJLIS :

9.30 am                       :           Ketibaan dan pendaftaran
10.00 am                     :           Pembukaan majlis dan aluan
10.05 am                     :           Ucapan Presiden PTVM/GAFIM, En Jurey Latiff Rosli
10.15 am                     :           Taklimat oleh Pengarah Bahagian Hakcipta MyIPO,
              En Mohamad Fairuz Mohd Pilus
11.30 am                     :           Sesi soal-jawab
12.30 am                     :           Makan tengahari dan bersurai


Harap maklum. Terima kasih.