Monday, November 26, 2012

SESI TAKLIMAT KANDUNGAN KREATIF FILEM & TELEVISYEN (FTvCCC) : SKRIP BANK.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan (AHLI-AHLI PTVM)

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan, menghadiri
SESI TAKLIMAT KANDUNGAN KREATIF FILEM & TELEVISYEN (FTvCCC) : SKRIP BANK anjuran Finas. Taklimat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 27 November 2012, Selasa

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Studio Sound Stage, FINAS


Sehubungan dengan itu kehadiran YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan, adalah diwajibkan.


Kerjasama dan tindakan daripada YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan, amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

(AHLI-AHLI PTVM, lampiran maklumat sila refer email).

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 17, 2012

PENDAFTARAN SESI SARINGAN PEROLEHAN (PITCHING) TV1 DAN TV2 BAGI TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg. Datuk / Tuan / Puan,

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan YBhg. Datuk / Tuan / Puan, menghadiri Pitching bagi saluran TV1 & TV2 bagi tahun 2013. Pitching tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-


PENDAFTARAN SESI SARINGAN PEROLEHAN (PITCHING) :

Tarikh Pendaftaran : 23 Oktober 2012 (Selasa)

Masa Pendaftaran : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat Pendaftaran : Bilik Mesyuarat G7, Wisma Radio, Angkasapuri.

SESI SARINGAN PEROLEHAN (PITCHING) : 1 HINGGA 23 NOVEMBER 2012.

Atas kehadiran YBhg. Datuk / Tuan / Puan ke Sesi Pitching tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

(AHLI-AHLI PTVM, lampiran maklumat sila refer email).

Sekian, terima kasih.

Thursday, September 13, 2012

Mesyuarat AJK PTVM Ke 29 (2011/2014)

Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan (AJK PTVM Sahaja),

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan menghadiri Mesyuarat AJK PTVM Ke 29 (2011/2014). Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 19 September 2012.

Hari : Rabu.

Masa : 2.00 petang.

                                      Tempat : Bilik Mesyuarat PTVM Sri Rampai. 

Sehubungan dengan itu kehadiran Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan, adalah diwajibkan.

Kerjasama dan tindakan daripada Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan, amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

(sila refer email)

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2012


Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia (16 September 2012) Ke 49 Tahun 2012 kepada semua rakyat Malaysia.
'JANJI DITEPATI RAKYAT SEJAHTERA'


Wednesday, September 12, 2012

JEMPUTAN KE PROGRAM CCIG TOWNHALL KL 2012

Ahli-Ahli PTVM,

Anda semua dijemput hadir ke program CCIG TOWNHALL KL 2012 (Majlis Dialog Industri Kreatif CCIG) anjuran CCIG - CREATIVE CONTENT INDUSTRY GUILD MALAYSIA.

Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 18 September 2012, Selasa

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Studio Sound Stage, FINAS.

Kerjasama dan kehadiran Y.Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.



Wednesday, September 5, 2012

Jemputan Ke Majlis Perasmian Short-Short Film Festival & Asia 2012 dan Tayangan Filem Pendek Antarabangsa

Selamat Sejahtera Y.Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan,

FINAS akan mengadakan Majlis Perasmian Short-Short Film Festival & Asia 2012 dan Tayangan Filem Pendek Antarabangsa. 

Sehubungan dengan itu, Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 08 September 2012, Sabtu Dan 9 September 2012, Ahad

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Studio Sound Stage, FINAS, Kompleks Studio Merdeka Hulu Kelang.

Kerjasama dan kehadiran Y.Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, September 4, 2012

Creative Content Association Malaysia (CCAM) - Masterclass : 11 & 12 September 2012 @ FINAS, Sound Stage Studio, Ampang, Selangor

To All PTVM Members,
Dear Content Providers & Industry Players,

The Creative Content Association Malaysia (CCAM) together with FINAS and MDeC will be co-organising our Masterclass Workshop as part of our capacity development program for year 2012. The Masterclass is on "International Marketing and Sales of Malaysian Content".

Mr. José Escalante who has vast experience in International Distribution, Marketing & Sales will be the main speaker. There will also be a panel session with distinguished guests. We are confident that your attendance will help your company gain valuable insights and enhance overall competitiveness in the international arena.

Hurry, book your seat now. Do not miss this unique marketing Masterclass!!!

As reservation is on first-come-first serve basis, please email your completed registration form to Hariati Hairi (atie@creativecontent.my) or Norlila Ali (ella@creativecontent.my) latest by 7 September 2012.

Appended herewith the detailed program & the registration form for your information and further action.

Thank you & best regards,












Wednesday, August 15, 2012

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433H - PRESIDEN PTVM


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan maha perkasa dan maha bijaksana. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

Saya sekeluarga dan semua AJK Tertinggi Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Ma'af Zahir dan Batin kepada semua ahli-ahli PTVM dan seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan berada di dalam peliharaan Allah swt.

Buah kedudu dibuat tepung
Untuk berjimat di Hari Raya
Bila memandu pulang ke kampung
Sentiasa berhemat di jalan raya.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamuaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih. 

Y.Brs. Jurey Latiff Rosli
Presiden
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)


Monday, August 13, 2012

Kad Raya Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.


PTVM Menerima Kad Raya drp KPKK, Penaung PTVM & Perdana Menteri.

PTVM Menerima Kad Raya Aidil Fitri Daripada Penaung PTVM, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.



PTVM Menerima Kad Raya Aidil Fitri Daripada YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.



PTVM Menerima Kad Raya Aidil Fitri Daripada YB Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz, Timbalan Menteri II, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.

Telemovie Khas Raya "Balik Raya" Saksikan di TV AlHijrah pada Isnin, 20 Ogos 2012

Telemovie Khas Raya "Balik Raya" Terbitan World Evolution Brain (M) Sdn. Bhd. Drama arahan Jurey Rosli, dibintangi Erry Putra, Shera Aiyob, Iqbal Mazlan dan Rosli Rahman Adam. Skrip karya Mahadzir Othman (Che Det). Saksikan di TV AlHijrah pada Isnin, 20 Ogos 2012.





Berita Harian. 12 Ogos 2012, Ahad.