Tuesday, September 1, 2015

Kepada : Ahli Persatuan PTVM.

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PAMERAN MALAYSIA FILM EXPO 2015 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk pertama kalinya akan menganjurkan Malaysia Film Expo 2015 pada 04 September 2015 bertempat di Dewan 1, Kuala Lumpur Convention Centre. Persidangan ini adalah untuk mempamerkan pelbagai aspek yang wujud di dalam industri perfileman di tanah air kita.

Kami menyediakan ruang pameran yang menarik seperti kerja-kerja bagaimana pengesan gerakan (motion tracking) berfungsi, sample rekabentuk set penggambaran, prop filem ikonik, studio animasi dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah menjadi salah satu set misi substantif untuk mendidik generasi muda mengenai perkembangan industri filem di tanah air kita.
        
Sehubungan itu, bagi menjayakan expo tersebut, FINAS amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat menyertai pameran tersebut.

Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan booth untuk pameran akan disediakan oleh pihak penganjur dan sekiranya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan ada pertanyaan boleh menghubungi urus setia ditalian
03-4104 1525.

Semoga kerjasama dari pihak YBhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan  dapat melancarkan lagi majlis yang bakal berlangsung serta didahului dengan ucapan terima kasih.


Tarikh dan Masa : 4hb Sep 2015(Jumaat),10am-10pm

5hb Sep 2015(Sabtu),10am-6pm

Tempat : Dewan 1,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC)


Aturcara :

9.30am : Ketibaan Tetamu.

10.00am: Ketibaan Tetamu Kehormat.

10.15am: Pelancaran 'Malaysia Film Expo 2015'.

11.00am: Lawatan Tetamu Kehormat ke Pameran Film Expo.

12.00am: Keberangkatan Pulang Tetamu Kehormat.

3.00pm: Aktiviti-aktiviti 'Malaysia Film Expo 2015'.

10.00pm: Bersurai


Nota : Kepada ahli-ahli PTVM yang berminat dan ingin menyatakan kehadiran,sila hubungi Setiausaha Kerja sebelum atau pada 3hb September 2015.

Sekian,

Saya yang menjalankan tugas,

Irwan Shah Mohd Yusof
*Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)*Suite 35-1, Jalan 45A/26,Taman Sri Rampai,53300 Setapak,Kuala Lumpur
Tel :  03 4149 9466
Fax : 03 4149 9946