Thursday, March 14, 2013

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN 1 MALAYSIA


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya mempersilakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan  ke taklimat Kempen Wang Pendahuluan Perniagaan, yang akan diadakan seperti tetapan berikut :


Tarikh : 15 March , Jumaat

Masa : 9.00am
10.00am
2.30pm
3.30pm
4.30pm

Tarikh : 18 - 21 March 2013, (Isnin-Khamis)

Masa : 9.00am
10.00am
11.30am
1.30pm
2.30pm
3.30pm
4.30pm

Tempat : Ruang Persidangan SME Business Centre, Level 10 Bangunan TH Uptpwn 3, Damansara Utama, Petaling Jaya Selangor.
  
Sila bawa profil syarikat, buku cek dan cop syarikat semasa penghadiri taklimat tersebut. Jemputan khas hanya kepada pengarah dan pemilik syarikat sahaja

Pengesahan kehadiran dan sebarang  pertanyaan sila hubungi Biro Kewangan di talian 012 677 9956
Patricia Mascrinas, SME FACTORS SDN BHD.

Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

mStar Online : Pekerja Belakang Tabir Dapat Pengiktirafan

mStar Online : Pekerja Belakang Tabir Dapat Pengiktirafan

Thursday, March 7, 2013

SUMBANGAN / KUTIPAN TABUNG PERAJURIT TRAGEDI LAHAD DATU


KEPADA AHLI-AHLI PTVM,


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Insiden pencerobohan tentera asing di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini telah menarik perhatian ramai khususnya Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM). Pelbagai reaksi serta pandangan dilontarkan oleh segenap lapisan masyarakat.

PTVM turut melahirkan rasa simpati serta berdoa agar insiden yang menimpa masyarakat di Lahad Datu dapat diselesaikan segera dan tidak berlarutan. Takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu beberapa hari lepas.

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) membuat kutipan Tabung Misi Bantuan Tragedi Di Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Justeru itu, PTVM menyeru supaya ahli-ahli untuk turut memberikan sumbangan dalam tabung Misi Bantuan tersebut. Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu, pembayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang kepada PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA.

Keprihatinan dan kerjasama YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat dihargai.


Sekian. Terima kasih.

Friday, March 1, 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM KESELAMATAN DI DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PDRM ANJURAN SENIMAN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya mempersilakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Program Keselamatan Negara Di Dalam Industri Seni Bersama PDRM anjuran SENIMAN, yang akan diadakan seperti tetapan berikut :

Tarikh : 4 Mac 2013, Isnin
Masa : 2.00 Petang – 6.30 Petang
Tempat : Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS


Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga dengan kehadiran YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis tersebut.

Sekian. Terima Kasih.



JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN AGM KE 2 CCIG


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dan mempersilakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Creative Content Industry Guild (CCIG) Ke-2, yang akan diadakan seperti tetapan berikut :

Tarikh : 2hb. Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 09.00 Pagi – 01.00 Tengahari
Tempat : Dewan Cendekiawan, Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Angkasapuri, Kuala Lumpur


Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga dengan kehadiran YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan akan melancarkan lagi mesyuarat tersebut.

Sekian. Terima kasih.