Wednesday, August 14, 2013

MAJLIS "RAMAH MESRA AIDILFITRI BERSAMA YABHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD"

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dengan segala hormatnya mempersilakan dan menjemput YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan (Ahli-Ahli PTVM) menghadiri Majlis "RAMAH MESRA AIDILFITRI BERSAMA YABHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD". Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 19 Ogos 2013, Isnin

Masa : 3.30 petang - 6.00 petang

Tempat : Bilik Selangor, Hotel Marriot Putrajaya

Kerjasama serta kehadiran YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Taha Wahid, Setiausaha Kehormat 016 310 1112 dan Cik Ritadewi Ramdzan, Penolong Setiausaha 019 373 1888.

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, July 23, 2013

Berita Harian. 21 Julai 2013, Ahad.


Sesi Saringan Perolehan (PITCHING) 2013

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mempelawa pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menyertai Sesi Saringan Perolehan (PITCHING) yang akan diadakan pada 19 Ogos hingga 13 Sept 2013. 

Tarikh Pendaftaran : 29 & 30 Julai 2013
Tempat : Bilik G7, Wisma Radio, Angkasapuri

Pendaftaran dan Syarat Penyertaan & Keperluan Penyertaan (NEED STATEMENT) sila layari www.rtm.gov.my

Monday, May 13, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS TAKLIMAT PINDAAN AKTA HAKCIPTA & ROYALTI- FAEDAH KEPADA PENERBIT TV


Kepada semua penerbit/ahli,
YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan


Salam 1Malaysia.
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa PTVM akan menganjurkan `Majlis Taklimat Pindaan Akta Hakcipta & Royalti- Faedah Kepada Penerbit TV’ dengan kerjasama MyIPO dan GAFIM.

Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan pindaan terkini yang telah digubal pada Disember 2012 akta hakcipta dan royalti serta bagi membincangkan perihal pengutipan royalti bahan penerbitan TV dan penubuhan badan kutipan royalti. Semua ahli atau wakil syarikat adalah dijemput ke majlis ini pada ketetapan berikut :

TARIKH                     :           15 Mei 2013, Rabu.
MASA                        :           9.30 pagi
TEMPAT                    :           Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri.

ATURCARA MAJLIS :

9.30 am                       :           Ketibaan dan pendaftaran
10.00 am                     :           Pembukaan majlis dan aluan
10.05 am                     :           Ucapan Presiden PTVM/GAFIM, En Jurey Latiff Rosli
10.15 am                     :           Taklimat oleh Pengarah Bahagian Hakcipta MyIPO,
              En Mohamad Fairuz Mohd Pilus
11.30 am                     :           Sesi soal-jawab
12.30 am                     :           Makan tengahari dan bersurai


Harap maklum. Terima kasih.

Tuesday, April 30, 2013

HARI PEKERJA 1 MEI 2013


PELEPASAN MENGUNDI PRU 13

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KEPADA AHLI-AHLI PTVM,
YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan,

Mohon kerjasama penuh YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan menghormati proses demokrasi untuk membenarkan artis dan krew menunaikan tanggungjawab keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013.

Selamat mengundi……..



Friday, April 19, 2013

PRESIDEN PTVM MENGERJAKAN UMRAH

Sukacita dimaklumkan bahawa En. Jurey Latiff Rosli, Presiden PTVM akan mengerjakan UMRAH pada 22 April 2013 sehingga 3 Mei 2013. Beliau memohon maaf jika ada salah silap. Semoga perjalanan beliau dipermudahkan oleh Allah,In Sya Allah.

Sehubungan dengan itu, jawatan Presiden akan diambil alih oleh YBhg. Datuk Hj. Noor Effendy Mohamed.

Sekian. Terima kasih.

Thursday, March 14, 2013

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN 1 MALAYSIA


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya mempersilakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan  ke taklimat Kempen Wang Pendahuluan Perniagaan, yang akan diadakan seperti tetapan berikut :


Tarikh : 15 March , Jumaat

Masa : 9.00am
10.00am
2.30pm
3.30pm
4.30pm

Tarikh : 18 - 21 March 2013, (Isnin-Khamis)

Masa : 9.00am
10.00am
11.30am
1.30pm
2.30pm
3.30pm
4.30pm

Tempat : Ruang Persidangan SME Business Centre, Level 10 Bangunan TH Uptpwn 3, Damansara Utama, Petaling Jaya Selangor.
  
Sila bawa profil syarikat, buku cek dan cop syarikat semasa penghadiri taklimat tersebut. Jemputan khas hanya kepada pengarah dan pemilik syarikat sahaja

Pengesahan kehadiran dan sebarang  pertanyaan sila hubungi Biro Kewangan di talian 012 677 9956
Patricia Mascrinas, SME FACTORS SDN BHD.

Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

mStar Online : Pekerja Belakang Tabir Dapat Pengiktirafan

mStar Online : Pekerja Belakang Tabir Dapat Pengiktirafan

Thursday, March 7, 2013

SUMBANGAN / KUTIPAN TABUNG PERAJURIT TRAGEDI LAHAD DATU


KEPADA AHLI-AHLI PTVM,


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Insiden pencerobohan tentera asing di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini telah menarik perhatian ramai khususnya Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM). Pelbagai reaksi serta pandangan dilontarkan oleh segenap lapisan masyarakat.

PTVM turut melahirkan rasa simpati serta berdoa agar insiden yang menimpa masyarakat di Lahad Datu dapat diselesaikan segera dan tidak berlarutan. Takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu beberapa hari lepas.

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) membuat kutipan Tabung Misi Bantuan Tragedi Di Lahad Datu bagi membantu keluarga perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Justeru itu, PTVM menyeru supaya ahli-ahli untuk turut memberikan sumbangan dalam tabung Misi Bantuan tersebut. Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu, pembayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang kepada PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA.

Keprihatinan dan kerjasama YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat dihargai.


Sekian. Terima kasih.

Friday, March 1, 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM KESELAMATAN DI DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PDRM ANJURAN SENIMAN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya mempersilakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Program Keselamatan Negara Di Dalam Industri Seni Bersama PDRM anjuran SENIMAN, yang akan diadakan seperti tetapan berikut :

Tarikh : 4 Mac 2013, Isnin
Masa : 2.00 Petang – 6.30 Petang
Tempat : Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS


Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga dengan kehadiran YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis tersebut.

Sekian. Terima Kasih.



JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN AGM KE 2 CCIG


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dan mempersilakan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Creative Content Industry Guild (CCIG) Ke-2, yang akan diadakan seperti tetapan berikut :

Tarikh : 2hb. Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 09.00 Pagi – 01.00 Tengahari
Tempat : Dewan Cendekiawan, Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Angkasapuri, Kuala Lumpur


Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. Semoga dengan kehadiran YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan akan melancarkan lagi mesyuarat tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Thursday, February 14, 2013

Festival de Télévision de Monte-Carlo


Dear All,

The Festival de Télévision de Monte-Carlo is an international event organized under the honorary presidency of H.S.H. Prince Albert II of Monaco. The Festival is host to a competition gathering the best TV programmes of the moment. Every year distinguished talents & producers are coming to Monaco to represent their programmes in competition. The competition is divided into the following categories: News Programmes, Television Films, Mini Series and TV Series.


The 53rd edition of the Festival will take place from 9th to 13th June, 2013. 

The registrations to the competition are now open. If you are interested you can submit your  programme for free on their website by the deadline of March 12th, 2013. Here is the link to registration page http://www.tvfestival.com/2013/index.php?Movelang=uk&p=2435  

Last year the Festival has been covered by more than 200 media outlets from 30 countries. You can get more information about the Festival & competition on the attached brochure or on our website:http://www.tvfestival.com/.

Feel free to contact them any time if you need any extra information. 

Mr. Pierre-Edouard COURSAULT
Competition & Jury Coordinator
Tél : 
+377 93 10 40 65 | Email : pe.coursault@tvfestival.com
Skype : pecoursault

53e Festival de Télévision de Monte-Carlo 9-13 Juin 2013, Monaco