Thursday, July 26, 2012

Bengkel Penulisan Skrip dan Penerbitan Filem Pendek Anjuran FINAS

Y. Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan, 

FINAS akan menganjurkan Bengkel Penulisan Skrip dan Penerbitan Filem Pendek. 

Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri Bengkel Penulisan Skrip dan Penerbitan Filem Pendek yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut : 

Tarikh : 03 - 09 September 2012, (Rabu - Selasa).

Tempat : Studio Ho Ah Loke, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Sharifah / En. Ayie 03 - 4104 1375 / 1378 (FINAS). Sila refer email untuk borang penyertaan dan maklumat berkaitan bengkel tersebut.

Atas kehadiran Y.Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan ke bengkel tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.






Tuesday, July 17, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS "DIALOG SRI PENTAS - FILEM MALAYSIA : KUALITI ATAU KUANTITI"

Y. Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan,

Media Prima Berhad akan mengadakan Majlis "Dialog Sri Pentas - Filem Malaysia : Kualiti atau Kuantiti".

Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri majis tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut : 

Tarikh : 20 Julai 2012, Jumaat

Masa : 4.30 petang

Tempat : Theatrette Sri Pentas, Bandar Utam
a.

Atas kehadiran Y.Bhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan ke majlis tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.



Friday, July 13, 2012

Ucapan Selamat Hari Lahir Kepada Presiden PTVM


Mohd Taha Ab Wahid
Setiausaha Kehormat 


Tanggal 13hb Julai merupakan hari istimewa buat Presiden PTVM yang kami hormati dan sayangi. Semoga Presiden, Jurey Latiff Rosli sentiasa berada dalam naungan kesihatan yang baik, dilindungi bawah rahmat-nya dan kekuatan memperjuangkan agama , bangsa dan Persatuan khasnya.

  
Selamat Hari Jadi Dari Kami Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.

Wednesday, July 11, 2012

PENGUMUMAN PENTING

Mohd Taha Ab Wahid
Setiausaha Kehormat



Kepada semua penerbit / Ahli-Ahli PTVM,

Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Salam 1Malaysia.

Mulai penubuhan sehingga kini, PTVM tidak pernah berhenti menjuangkan kepentingan para ahlinya. Perubahan ketara yang telah dijayakan oleh PTVM ialah apabila kesemua stesen TV kini telah mula mempraktikkan sistem PITCH iaitu sistem yang lebih telus dicadangkan oleh PTVM. PTVM ketika didatangi oleh para ahli pada mulanya, menyatakan akan permasalahan utama yang membebani penerbit TV adalah kesukaran meraih peluang penerbitan melalui sistem tender dahulu.

Terdapat juga ahli yang tidak meraih sebarang peluang bertahun lamanya. Namun begitu, usaha barisan kepimpinan PTVM tidak menjadi sia-sia apabila akhirnya sistem TENDER telah dimansuhkan oleh pihak RTM dan membuka lebih peluang lagi kepada kesemua penerbit TV yang berdaftar dengan pihak RTM bagi merebut peluang tersebut melalui sistem PITCH. Lebih meyakinkan lagi apabila pihak PTVM-RTM-KPKK telah menemui kata sepakat di mana kelebihan dan keutamaan akan diberikan kepada para ahli PTVM yang aktif bagi setiap sesi PITCH diadakan.

Ini jelas terbukti apabila hampir kesemua ahli telah akhirnya berjaya meraih projek penerbitan berpandukan senarai ahli terkini yang direkodkan oleh PTVM bagi rujukan pihak RTM.

Apa yang mengecewakan ialah ada di antara kalangan ahli yang tidak melihat akan perubahan yang telah dibuat malah sukar melangsaikan yuran tahunan dan menarik diri dari menjadi ahli.

Perlu diingatkan bahawa keutamaan hanya akan diberikan kepada ahli PTVM YANG AKTIF SAHAJA BAGI SETIAP SESI PITCH YANG DIADAKAN OLEH PIHAK RTM.

Oleh itu, kami memohon agar para ahli akan terus memberi kerjasama dan sokongan agar kekuatan PTVM yang diangkat oleh ahlinya akan terus dilihat oleh pihak KPKK-RTM seterusnya memberi perubahan kepada masa depan penerbit TV tempatan.

`Ke Arah Transformasi TV’


Sekian. Terima kasih.