Wednesday, July 11, 2012

PENGUMUMAN PENTING

Mohd Taha Ab Wahid
Setiausaha Kehormat



Kepada semua penerbit / Ahli-Ahli PTVM,

Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Salam 1Malaysia.

Mulai penubuhan sehingga kini, PTVM tidak pernah berhenti menjuangkan kepentingan para ahlinya. Perubahan ketara yang telah dijayakan oleh PTVM ialah apabila kesemua stesen TV kini telah mula mempraktikkan sistem PITCH iaitu sistem yang lebih telus dicadangkan oleh PTVM. PTVM ketika didatangi oleh para ahli pada mulanya, menyatakan akan permasalahan utama yang membebani penerbit TV adalah kesukaran meraih peluang penerbitan melalui sistem tender dahulu.

Terdapat juga ahli yang tidak meraih sebarang peluang bertahun lamanya. Namun begitu, usaha barisan kepimpinan PTVM tidak menjadi sia-sia apabila akhirnya sistem TENDER telah dimansuhkan oleh pihak RTM dan membuka lebih peluang lagi kepada kesemua penerbit TV yang berdaftar dengan pihak RTM bagi merebut peluang tersebut melalui sistem PITCH. Lebih meyakinkan lagi apabila pihak PTVM-RTM-KPKK telah menemui kata sepakat di mana kelebihan dan keutamaan akan diberikan kepada para ahli PTVM yang aktif bagi setiap sesi PITCH diadakan.

Ini jelas terbukti apabila hampir kesemua ahli telah akhirnya berjaya meraih projek penerbitan berpandukan senarai ahli terkini yang direkodkan oleh PTVM bagi rujukan pihak RTM.

Apa yang mengecewakan ialah ada di antara kalangan ahli yang tidak melihat akan perubahan yang telah dibuat malah sukar melangsaikan yuran tahunan dan menarik diri dari menjadi ahli.

Perlu diingatkan bahawa keutamaan hanya akan diberikan kepada ahli PTVM YANG AKTIF SAHAJA BAGI SETIAP SESI PITCH YANG DIADAKAN OLEH PIHAK RTM.

Oleh itu, kami memohon agar para ahli akan terus memberi kerjasama dan sokongan agar kekuatan PTVM yang diangkat oleh ahlinya akan terus dilihat oleh pihak KPKK-RTM seterusnya memberi perubahan kepada masa depan penerbit TV tempatan.

`Ke Arah Transformasi TV’


Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment