KEPADA AHLI-AHLI PTVM,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Insiden pencerobohan tentera asing di Lahad
Datu, Sabah baru-baru ini telah menarik perhatian ramai khususnya Persatuan
Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM). Pelbagai reaksi serta pandangan
dilontarkan oleh segenap lapisan masyarakat.
PTVM turut melahirkan rasa simpati serta
berdoa agar insiden yang menimpa masyarakat di Lahad Datu dapat diselesaikan
segera dan tidak berlarutan. Takziah kepada keluarga anggota polis yang
terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu beberapa hari
lepas.
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)
membuat kutipan Tabung Misi Bantuan Tragedi Di Lahad Datu bagi membantu keluarga
perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air dalam insiden
bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Justeru
itu, PTVM menyeru supaya ahli-ahli untuk turut memberikan sumbangan dalam
tabung Misi Bantuan tersebut. Sumbangan tersebut akan diserahkan
kepada Timbalan Ketua Polis Negara dalam masa
terdekat ini.
Sehubungan dengan itu, pembayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang kepada PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN
MALAYSIA.
Keprihatinan dan kerjasama YBhg. Tan Sri / Puan
Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat dihargai.
Sekian. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment