Wednesday, August 15, 2012

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433H - PRESIDEN PTVM


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamuailaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah s.w.t yang memiliki kekuasaan maha perkasa dan maha bijaksana. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. penghulu sekalian nabi.

Saya sekeluarga dan semua AJK Tertinggi Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Ma'af Zahir dan Batin kepada semua ahli-ahli PTVM dan seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan berada di dalam peliharaan Allah swt.

Buah kedudu dibuat tepung
Untuk berjimat di Hari Raya
Bila memandu pulang ke kampung
Sentiasa berhemat di jalan raya.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamuaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih. 

Y.Brs. Jurey Latiff Rosli
Presiden
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)


No comments:

Post a Comment