Tuesday, June 28, 2011


Sukacita dimaklumkan kepada Ahli-Ahli PTVM…..

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak RTM kepada syarikat-syarikat penerbitan yang berjaya. Kemungkinan dalam minggu ini atau minggu hadapan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Cik Ooi Bee Ling
Penolong Setiausaha (CPP)
Bahagian Kewangan
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
No. Tel  : 03 - 2612 7256
No. Faks : 03 - 2691 2373

Monday, June 27, 2011

HARGAILAH TOLAK ANSUR LPF





Berhubung perkara di atas, berikut adalah maklumbalas daripada EN. JUREY LATIFF ROSLI, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia;
Merangkap - Ahli Bersekutu LPF; dan 
Ahli Jawatankuasa Penasihat FINAS.

HARGAILAH TOLAK ANSUR LPF

MINGGUAN MALAYSIA – SITI JARUM

26 JUN 2011

Saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan kurang tepat Siti Jarum berkenaan budaya kerja yang tidak profesional penerbit drama tempatan dalam soal berurusan dengan LPF. Tulisan Siti jarum menempelak LPF suatu ketika dulu tanpa mendapat maklumat  sebenar isu Sakti Delima kini diulangi sekali lagi dalam membuat tuduhan melulu kepada penerbit drama yang dikatakan sangat manja sehingga menyusahkan stesen TV dan LPF. 

Sesetengah penerbit dapat slot di stesen,menurut sumber LPF macam orang bagi susu mereka balas tuba. Adakah kenyataan ini datang dari LPF atau andaian Siti Jarum?Saya ingin memaklumkan kepada Siti Jarum bahawa saya adalah Ahli Bersekutu LPF yang dilantik bagi membantu LPF dalam menjalankan tugas mereka dengan mengambilkira pandangan industri. 

Saya sudah meberikan penjelasan kepada Pengerusi LPF dan Setiausaha Bhg Penapisan Filem KDN berkenaan SOP(Standard Operating Procedure) penghasilan drama dan penghantaran bahansiap untuk siaran yang digunapakai RTM yang amat berkesan dalam memastikan bahansiaran mengikut garispanduan LPF.Persoalannya  ialah SOP ini tidak sama antara stesen kerajaan dan swasta dan saya telah mencadangkan KDN menetapkan SOP yang sama standard digunapakai   untuk semua stesen bagi memastikan tidak timbul isu berbangkit antara penerbit TV ,stesen TV dan LPF.

Ingin saya jelaskan pada Siti Jarum dan juga untuk makluman semua supaya kita semua faham proses dan procedure yang melibatkan Penerbit TV,stesen tv dan LPF.

Isu Sakti Delima adalah contoh kes yang dibangkit persatuan penerbit Televisyen Malaysia bagi memberikan penjelasan kepada LPF tentang proses penerbitan sesuatu drama dan proses tayangan drama bahan siap untuk siaran. 
  
  1. Proses perolehan rancangan TV melalui penghantaran proposal mengikut keperluan dan permintaan stesen TV. 
  2. Setiap proposal yang dipilih akan disenaraipendek untuk melalui proses pembentangan proposal dengan jalancerita penuh dihadapan panel penilai.Kebanyakan penerbit memahami garispanduan LPF dan sekiranya ada isu berbangkit penerbit akan merujuk kepada stesen TV,LPF atau JAKIM sebelum meneruskan penerbitan drama tersebut.
  3. Setelah mendapat persetujuan dan kelulusan panel penilai stesen maka kebenaran secara bertulis diberikan kepada penerbit TV bagi menyediakan skrip penuh sebelum menerbitkan rancangan drama tersebut.Kontrak perjanjian ditandatangani dimana salah satu pengisian kontrak menjelaskan bahawa penerbit perlu menghantar bahansiap kepada stesen pada tarikh yang telah ditetapkan.(tugas stesen menghantar kepada LPF kerana pegawai LPF telah ditempatkan di stesen RTM dan MEDIA PRIMA)

Apabila bahan siap dalam bentuk DVD dihantar kepada stesen maka tanggungjawab stesen untuk memastikan bahansiap tersebut dihantar kepada LPF bagi memastikan isi kandungan siaran tidak bercanggah dengan garispanduan LPF. Sekiranya bahansiap DVD tersebut telah lulus penilaian stesen dan LPF maka penerbit akan diarahkan menyiapkan pita master bahansiap untuk siaran BEGITU juga sekiranya ada masalah berbangkit dalam pengisian program yang perlu dibaiki atau disunting penerbit akur untuk memastikan ianya diterima LPF. Proses dan procedure ini adalah standard operating procedure yang diamalkan RTM tetapi tidak di Media Prima manakala ASTRO mengunapakai self censore inhouse.

Kenyatan tulisan Siti Jarum iaitu :-

  1. Penerbit mengamalkan budaya kerja kurang professional tidak berasas sama sekali.
  2. Penerbit manja tidak ujud.
  3. LPF tolak ansur mengikut budibicara SETELAH merujuk garispanduan dan sekiranya perlu rujuk pandangan industri dalam isu tapisan.
  4. Penerbit hantar ansur-ansur bahansiap kepada LPF tidak tepat kerana penerbit perlu mematuhi kontrak perjanjian penghantaran bahansiap untuk siaran.
  5. Panel LPF terpaksa menonton drama tidak siap sunting tidak ujud.
  6. Penerbit TV tidak menghargai kelonggaran LPF tidak timbul kerana penerbit sentiasa akur garispanduan LPF.
  7. Penerbit TV tidak bertanggungjawab,melengah-lengahkan kerja LPF,tidak menghargai tolak ansur tidak benar sama sekali.Penerbit TV akur kehendak stesen malah mematuhi segala garispanduan LPF bagi memastikan bahansiap tidak dibuang kelongkang.
Sebagai ahli bersekutu LPF ,saya telah memberikan pandangan dan cadangan kepada LPF supaya satu perbincangan diadakan diantara stesen kerajaan dan swasta bagi menyelaraskan satu standard operating procedure dipraktikkan supaya penerbit TV tidak dipersalahkan dimasa hadapan dan bagi memudahkan tugasan pegawai-pegawai LPF yang terpaksa menapis lambakan bahansiap untuk siaran.

Persatuan penerbit TV juga mencadangkan LPF  bekerjasama dengan JAKIM bagi memantapkan lagi garispanduan dan procedure penerbitan bahansiaran yang melibatkan kepentingan agama ISLAM supaya kes Delima Sakti tidak berulang yang memungkin memufliskan penerbit TV sekiranya bahansiap tidak dapat disiarkan dan stesen TV menolak tanpa bayaran.

Sekian wassalam.

JUREY LATIFF ROSLI
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia
Merangkap - Ahli Bersekutu LPF dan Ahli Jawatankuasa Penasihat FINAS