Thursday, April 28, 2011

Mesyuarat AJK PTVM Ke 22


Mohd Taha Ab Wahid, Setiausaha
 Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Makluman kepada AJK PTVM. Mesyuarat AJK PTVM Ke 22 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh                 :        11hb. Mei 2011 
Hari                      :        Rabu 
Masa                   :        2.00 petang 
Tempat                :        Bilik Mesyuarat PTVM Sri Rampai

Sehubungan dengan itu kehadiran semua ahli jawatankuasa PTVM adalah diwajibkan.

Keprihatinan dan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Thursday, April 14, 2011



Ybhg. Datuk Haji Noor Effendi Mohamed
JEMPUTAN KEPADA SEMUA AJK DAN AHLI PTVM KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK DATUK HAJI NOOR EFFENDY MOHAMED

 
Sekapur Sirih Seulas Pinang, 
Semekar Senyum Seikhlas Hati
dengan rasa kesyukuran mempersilakan
Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Suami/Isteri Sekeluarga 
bagi menyerikan
Majlis perkahwinan anak Datuk Haji Noor Effendi Mohamed

Pada hari Ahad, 08 Mei 2011.
Di Alamat : 1678 Sri Warisan, Kg Sg. Mulia,
Bt. 5 Jln Gombak, 53000 K.L.
Jamuan Makan : 12.00 tgh – 5.00 ptg.

Semoga dengan kehadiran serta doa restu hadirin akan menyerikan lagi majlis tersebut dan diberkati Allah s.w.t jua hendaknya
Terima kasih Wassalam.

Juvana samseng ‘lepak’ di resort

BERSEMANGAT..... barisan kru dan pelakon yang menjayakan drama Juvana di Hulu Langat.
 
CUACA panas terik di sekitar Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat, benar-benar menguji kesabaran pelakon dan kru produksi yang menyiapkan penggambaran drama Juvana arahan Faisal Ishak. 

Sebelum itu, beberapa kali penggambaran terpaksa ditangguh akibat hujan. Begitupun, cuaca terang dan suasana yang aman pada hari itu membuatkan penggambaran drama bersiri 13 episod terbitan Filemscape Sdn Bhd untuk siaran TV3 itu berjalan lancar. 

Kicauan burung dan tumbuh-tumbuhan hijau yang melatari sekitar resort yang berhampiran anak sungai membuatkan suasana penggambaran begitu tenang seolah-olah berada di kampung tanpa hiruk pikuk di kota raya. Biarpun perjalanan dari Hulu Langat ke bandaraya Kuala Lumpur hanya mengambil masa kurang dua jam.

Apa yang menarik, suasana resort bertukar menjadi institut yang menempatkan pelajar samseng dan bermasalah. Bagi menampakkan ia sebagai institut, pelbagai cara dilakukan termasuk menitikberatkan pemilihan sudut pandangan dalam penggambaran. 

Bagi menghasilkan drama yang memberikan impak besar buat penonton, Faisal berdepan tugas getir dalam melaksanakan mesej yang ingin disampaikan menerusi drama. Bukan sekadar hiburan semata-mata sebaliknya mampu mendidik pelbagai lapisan penonton yang menyaksikan drama ini.

Lebih menarik, Juvana mempunyai kaitan dengan masyarakat kita. Bukan hanya membabitkan aspek negatif malah ia digarap supaya masyarakat menyedari kesan dan akibat jangka panjang apabila terbabit dengan gejala negatif.

Faisal berkata, apa yang dilakonkan dalam drama ini memang berlaku dalam kehidupan realiti yang mana gejala sosial berlaku membabitkan golongan remaja.

“Drama ini mempunyai moral yang memberi inspirasi kepada penonton. Masalah sosial ini bukan daripada keturunan sebaliknya pelbagai aspek yang perlu diperhalusi.

“Kekuatan untuk drama ini pastinya menerusi penceritaannya. Bukan saja membabitkan individu yang benar-benar melakukan kesalahan jenayah sebaliknya ada di kalangan mereka yang menjadi mangsa daripada keadaan.

“Kita perlu ingat bukan semua remaja bermasalah mempunyai masa depan gelap. Apa yang paling penting keinginan diri sendiri untuk berubah atau memperbaiki cara hidup masing-masing,” katanya.

Faisal yang berpengalaman luas menerbitkan iklan komersial, telemovie dan beberapa drama pelbagai genre seperti Natasha, Rafflesia, Nur Kasih, Tiramisu, Tudung Ekspress, Habil Qabil dan Kabir Hero Kabir Zero berharap, drama berkenaan dapat diterima penonton.

Dia yang sering bekerjasama dengan pengarah terkenal, Kabir Bhatia menjanjikan kelainan tersendiri bagi penonton yang mengikuti drama genre itu.

Sepanjang menjalani penggambaran drama di sekitar Hulu Langat itu, Faisal tidak berdepan masalah besar kecuali membabitkan aspek teknikal selain berdepan cabaran dari segi cuaca yang tidak menentu, sekali gus menyebabkan penggambaran terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

Selain mendapat kerjasama daripada kru produksi yang komited, Faisal turut memuji barisan pelakonnya yang berusaha menjayakan penggambaran drama yang bakal menemui penonton TV3 setiap Isnin jam 9 malam bermula 25 April ini.

Bercerita lanjut mengenai drama itu, Faisal memaklumkan drama berkenaan berkisar mengenai seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Mahkamah menjatuhkan hukuman dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.

Daim menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar yang terbabit dengan kes jenayah serius. Raja lakonan Bront Palarae sebagai warden sekolah berkenaan enggan campur tangan dan hanya membiarkan kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, kisah Daim itu mendapat perhatian Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), satu-satunya guru wanita di situ yang ditugaskan ke sekolah berkenaan.



DRAMA BERSIRI: Juvana (13 Episod)
SIARAN: Setiap Isnin di TV3 jam 9 malam bermula 25 April ini
TERBITAN: Filemscape Sdn Bhd
PENERBIT EKSEKUTIF: Siti Marzuliana Marzuki
PENERBIT EKSEKUTIF BERSAMA: Mohd Frank Lewis, Shasha Yusof
PENERBIT: Kabir Bhatia, Mira Mustaffa, Francis Foo
PENERBIT PENYELARAS: Along Ailina
PENULIS SKRIP: Alfie Palermo
EKSEKUTIF PRODUKSI: Farhuna Rahman, Safwan Haron
PEMBANTU PENTADBIRAN: Nurshafizazuana Md Anes
PENYELARAS KEWANGAN: Samir Mustaffa
PENGARAH: Faisal Ishak
PENOLONG PENGARAH: Adlin Abidin
KESINAMBUNGAN: Shamira Hanis
JURU KAMERA: Azeli Mohammad
PEMBANTU JURU KAMERA: Shaifulnizam
PENATA CAHAYA: Donny
PEMBANTU PENATA CAHAYA: Ismail Mohammad
PENATA BUNYI: Henry Ahad
PENGURUS PRODUKSI: Noor Aszila Abas
PEMBANTU PENGURUS PRODUKSI: Norlela Yahmad
PEMBANTU PRODUKSI: Noor Azizan Samad
PENYUNTING: Adilan Azmi, Haniff, Syazwan, Izwan Ansor, Mohd Andy Fairuz
PENATA SENI: Khairol Amer Abu Bakar
PEMBANTU PENATA SENI: Fardi Iswan, Mohd Zulhelmi Hassan
LOADER: Sarah Shamira
TATARIAS/BUSANA: KZ Wawa, Camy Nadia, Shereen
PELAKON: Bront Palarae (Encik Raja), Izreen Azminda (Cikgu Zakiah), Zahiril Adzim (Daim), Irfan Roslan (Cikgu Azmee) dan Beto Khusairy (Cikgu Ariffin).

Wednesday, April 13, 2011


PROGRAM LATIHAN PERFILEMAN 2011 UNTUK BULAN MEI


1.   Bengkel Penerbitan MCP   

          Tarikh                  :         09 – 13 Mei 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 600.00                                                                  
 

2.   Bengkel Penulisan Skrin (Lanjutan)

          Tarikh                  :         23 – 27 Mei 2011

          Masa                  :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 300.00                                                                  
 
3.   Masterclass Acting     

          Tarikh                  :         23 – 27 Mei 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 300.00                                                                  

 
4.   Bengkel Penerbitan Filem Pendek

          Tarikh                  :         30 Mei – 03 Jun 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 600.00                                                                  



Sebarang Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Latihan Perfileman
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka
Hulu Kelang, 68000 Selangor
Tel : 03 – 4104 1375 / 4104 1378
Faks : 03 – 4104 1377


PROGRAM LATIHAN PERFILEMAN UNTUK BULAN APRIL 2011


1.  Bengkel Teknik Kamera Video    

          Tarikh                  :         04 – 08 April 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 600.00                                                             

Objektif  :
Meningkatkan pengetahuan teori dan amali mengenai teknik pengendalian kamera video. Mengetahui dan memahami teknik-teknik pengendalian dari sudut subjektif dan objektif. Memahami aspek-aspek penggambaraan, pencahayaan, penataan bunyi dan pasca produksi.

Program Bengkel :
Definisi dan matlamat, kaedah penggunaan kamera video, fungsi kamera, kamera still dan teknik pengendalian kamera video. Gerak kerja kamera, saiz dan kombinasi shot, dan mengenali sudut-sudut kamera. Deskripsi shot, teknik penggambaran dan teknik penggunaan kamera. Teknik pencahayaan. Latihan amali berkumpulan. Rumusan, penilaian dan penyampaian sijil.



2.  Bengkel Penulisan Skrip Dokumentari 

          Tarikh                  :         11 – 15 April 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 300.00                                                                  

Objektif  :
Memperkenalkan beberapa genre dokumentari TV / filem. Memperkenalkan teknik penulisan skrip dokumentari TV / Filem. Mengemukakan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang penulis skrip dokumentari yang Berjaya.

Program Bengkel :
Definisi dokumentari, meninjau beberapa jenis dokumentari sejarah, nature, drama, industri dan perhubungan awam. Mengenali gaya, persembahan & isian dokumentari. Analisis skrip dokumentari. Dari idea ke draf pertama : (Penyelidikan : lokasi & perpustakaan). Bahasa dan nahu filem / video. Story-boarding & Budget. Pembentangan skrip draf pertama. Format penulisan skrip dokumentari, teknik wawancara dan menulis draf akhir.



3.  Bengkel Penerbitan Pasca Audio

          Tarikh                  :         18 – 22 April 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 600.00                                                                  

Objektif  :
Meningkatkan pengetahuan asas teori dan amali mengenai pengarahan audio post. Meningkatkan kefahaman aspek-aspek peralatan audio-post, sound design, sound track & sound color, teknik penyediaan sound track, teknik adunan bunyi, rakaman & adunan bunyi asas dan penggunaan peralatan bunyi & audio-post.

Program Bengkel :
Perhubungan audio dan visual
Definisi dan sifat-sifat bunyi
Peralatan tekaan bunyi
Teknik Pemilihan bunyi
Teknik penyediaan jalur / runut bunyi
Rekaan bunyi, sound colour dan adunan bunyi
Amali pemilihan bunyi, rekaan bunyi – dialog
Amali penyediaan jalur / runut bunyi
Rekaan bunyi – muzik
Amali dalam studio – adunan bunyi


 
4.  Bengkel Tatarias (Lanjutan)

          Tarikh                  :         25 – 29 April 2011

          Masa                   :         9.00 pagi – 5.00 petang

          Tempat               :         Ibu Pejabat FINAS

           Yuran                 :         RM 600.00                                                                  

Objektif  :
Pendedahan kepada teknik solekan filem / TV.
Meningkatkan pengetahuan mengenai solekan untuk filem dan TV.
Meningkatkan pengetahuan mengenai solekan kesan-kesan khas dan solekan watak.
Peranan piñata-rias dalam filem dan TV.

Program Bengkel :
Asas make-up filem dan TV.
Memahami make-up glamor, watak, kesan khas dan penggunaan rambut palsu.
Pencahayaan untuk make-up.
Peranan piñata-rias untuk filem dan TV.
Carta make-up.
Pengurusan aspek tatarias dalam produksi filem dan TV.

 
Sebarang Pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Latihan Perfileman
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka
Hulu Kelang, 68000 Selangor
Tel : 03 – 4104 1375 / 4104 1378
Faks : 03 – 4104 1377

Tuesday, April 12, 2011

Mesyuarat AJK PTVM Ke 22





















Mohd Taha Ab Wahid, Setiausaha PTVM

 Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Mesyuarat Bulanan AJK PTVM Ke 22 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh                 :        22hb. April 2011 
Hari                      :        Jumaat
Masa                   :        3.00 petang 
Tempat                :        Bilik Mesyuarat     PTVM Sri Rampai


Sehubungan dengan itu kehadiran semua ahli jawatankuasa PTVM adalah diwajibkan.

Keprihatinan dan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.