Saturday, January 28, 2012

SEMINAR KERJASAMA PERFILEMAN MALAYSIA-INDONESIA

Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan (Semua Ahli PTVM),

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL SHORT FILEM FESTIVAL 2012 dengan segala hormatnya menjemput Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan ke Seminar Kerjasama Perfileman Malaysia – Indonesia pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 31 Januari 2012, Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

Seminar ini akan turut disertai oleh delegasi dari Indonesia iaitu :

1. En. Aditya Gumay, Pengarah;
2. En. Adenin Adlan, Penulis Skrip / Penerbit;
3. En. Robby Busri, Jurufoto & Wartawan Lepas; dan
4. 2 orang dari Kementerian Kebudayaan & Ekonomi Kreatif (Direktorat Film) Indonesia

Atas kehadiran Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan ke Seminar tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Masuk Percuma. Pendaftaran terus di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Harap Maklum.

Friday, January 20, 2012

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI PRESIDEN PTVM



Salam 1Malaysia!
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khasnya ahli PTVM dan khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Semoga di Tahun Naga ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! Semoga di Tahun Naga ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!