RTM akan mengkaji harga pembelian program tempatan. Berita terkini untuk pengetahuan semua penggiat seni tanah air khususnya ahli PTVM.
Antara perjuangan PTVM ialah membela nasib penerbit televisyen sebagai usaha untuk memperjuangkan masa depan penerbit drama dan program televisyen tempatan supaya terbela, khususnya berkaitan masalah bekalan program dan hak cipta.
Sebagaimana sedia maklum perjuangan PTVM telah mula memuncak pada pertengahan dekad ini. Mula membentuk idealisme perjuangan yang lebih jelas dan matang. Tanggungjawab dalam memperjuangkan tuntutan bagi memenuhi aspirasi semua penggiat seni. Pelbagai cara dan tindakan yang dilakukan dan kebanyakannya akan membuahkan hasil dan menjadikan mereka yakin bahawa mereka mampu menjadi tenaga pendesak dan suara penggiat seni terhadap sesuatu isu.
Perjuangan PTVM mula menampakkan perubahan ke arah kejayaan gemilang dan akan terus cuba sebaik mungkin bagi memastikan industri kreatif tanahair berkembang dengan telus serta mantap dijulang. Memartabatkan industri dan memanfaatkan ahli menjadi agenda utama Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.
No comments:
Post a Comment