FORUM ‘DRAMA DAN LAGU
BERPISAH TIADA’
DAN
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN
PERSEFAHAMAN (MOU)
DI ANTARA
PENERBIT MUZIK
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR (MPA)
PERSATUAN PENERBIT TV
MALAYSIA (PTVM)
ONE STOP MUSIC (M)
BERHAD (OSM)
Tarikh
: 7 December 2016 (Rabu)
Masa : 2.00 – 5.00 PTG
Lokasi
: PAWAGAM MINI FINAS
‘DRAMA DAN LAGU
BERPISAH TIADA’
“Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa... hampa”! Dialog “hikmat” yang dituturkan oleh Seniman
Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam sebuah filem arahannya.. Benar sekali
kata-kata ini. Dua unsur yang saling berkait dan memerlukan antara satu sama
lain dalam konteks lagu/nyanyian.
Begitu juga tema forum kita hari ini, DRAMA DAN LAGU BERPISAH TIADA….
Kehadiran muzik atau lagu dalam sesebuah drama memang tak dapat
dipisahkan. Penggunaannya bukan sekadar tempelan. Seperti visual yang
memperlihatkan aliran cerita, lagu/muzik pula mendodoi emosi visual tersebut ke
halwa telinga. Penulis skrip, pengarah serta pelakon bersatu membawakan setiap
adegan itu dengan daya kreativititerbaik mereka, muzik pula menjadi ‘mood
pelengkap’ adegan tersebut. Ibarat nasi
lemak tanpa sambal, sedap kah ia?
Hari ini kita menyaksikan tandatangannya satu initiatif yang julung kali dibuat , satu
perjanjian persefahaman antara 3 pihak, iaitu Persatuan Penerbit Muzik Wilayah
Persekutuan dan Selangor (Music Publishers Association, MPA), Persatuan
Penerbit TV Malaysia (PTVM) dan One Stop Music (M) Berhad (OSM), yang
diharapkan dapat mempereratkan lagi hubungan antara mereka.
MPA, (berdaftar di bawah
Pendaftar Pertubuhan) mewakili penerbit-penerbit muzik tempatan yang mentadbir
hakcipta karya-karya muzik bagi pihak komposer dan penulis lirik;
PTVM, mewakili
penerbit-penerbit TV, Malaysia, ditubuhkan untuk memastikan industri penyiaran
tempatan yang dibangunkan sejajar dengan globalisasi mengikut piawaian antarabangsa
dan mengamalkan konsep perbincangan dalam memperjuangkan isu-isu serius
penerbitan bagi industri penyiaran tempatan berkembang.
OSM, sebuah syarikat yang
ditubuhkan dengan sokongan Recording Industri Malaysia (RIM), mewakili
syarikat-syarikat rakaman dan penerbit muzik tempatan, untuk mempermudahkan
urusan perlesenan digital bagi ahli-ahlinya, aggregator kandungan dan para
pengguna.
Objektif MOU ini adalah untuk menjalin satu kerjasama antara semua pihak
mengenai penggunaan karya muzik dan rakaman asal dalam penerbitan TV dan filem.
Setiap penerbit TV dan filem ingin menghasilkan produk mereka paling
terbaik. Ingin menggunakan lagu/ muzik yang terbaik juga. Apatah lagi lagu-lagu
yang mereka tahu telah ada nilai pasarannya. Di sinilah kerjasama yang ingin
kami harapkan.
Ketika ini, penggunaan lagu dan rakaman asal dalam penerbitan TV dan
filembanyak yang tidak melalui permohonan perlesenan yang betul, dalam erti
kata, ianya digunakan tanpa kelulusan. Adakah ini kerana penerbit TV tidak tahu
akan prosedurnya mahupun ‘rasa leceh kerana keremehan urusannya? Ada juga
kekeliruan di mana penerbit TV berkata, stesen TV telahpun membayar kepada MACP,
jadi tak perlu bayar lagi. Itu semua adalah salah faham yang hendak dijelaskan di dalam forum ini.
Hak ‘synchronization’
adalah antara hak-hakyang ditadbir oleh MPA dan OSM untuk karya-karya muzik dan
rakaman asal. Penerbit muzik mahupun syarikat rakaman bertanggungjawab kepada
komposer dan penulis lirik dan artis untuk meniagakan hak ini dengan nilai yang
sewajarnya. Oleh itu Penerbit TV harus peka bahawa muzik bukan percuma, dan
harus ada peruntukan untuknya.
Dalam MOU ini di mana MPA dan OSM akan membantu untuk menyediakan satu
garis panduan kadar harga yang bakal saling membantu semua pihak.
PTVM juga akan membantu memastikan ahli-ahlinya memohon untuk mengguna
karya-karya muzik dengan cara perlesenan yang betul dan menjelaskan pembayaran
sekiranya ada.
MPA dan OSM tahu penerbitan tv adalah satu platform juga yang boleh
mempromosikan karya-karya muzik dan artis. Karya lagu-lagu yang sedap dengan
pembikinan produksi yang baik bakal memikat penonton…yang boleh memberi impak
kepada popularnya sesebuah lagu. Justeru PTVM diharapkan dapat memainkan
peranan untuk menggalakkan ahli-ahlinya agar banyak menggunakan lagu-lagu
tempatan dalam penerbitan TV.
Segala usaha dan kerjasama kesemua pihak diharap untuk terus
berpanjangan dengan perancangan
program-program yang akan datang.
Kami yakin andainya semua pihak-pihak memainkan peranan mereka secara
sihat dan kompetitif, pasti dapat menyemarakkan lagi dua industri yang saling
melengkapi ini.
Apa itu lagu? Apa itu
lirik? Apa pula rakaman bunyi?
Bait-bait irama/lagu atau juga dipanggil melodi dan untaian
kata-kata/ayat yang disusun lengkap menjadi sebuah lirik lagu merupakan dua
bentuk karya berbeza namun saling melengkapi. Susunan muzik yang indah
mengiringi melodi dan lirik serta dibawakan oleh penyanyi dan dirakamkan di
dalam studio akan membentuk satu ‘form’ yang mana istilahnya dipanggil rakaman
bunyi (sound recording)!
Kedua-dua bentuk karya (lagu & lirik) beserta rakaman bunyi ini adalah harta intelek kepada
pengkarya-pengkarya seni dan pemilik hakcipta rakaman tersebut dan ianya turut
dilindungi di dalam Akta Hakcipta demi menjaga kepentingan pengkarya/ pemilik.
Kesan daripada perlindungan karya-karya ini sangat besar impaknya kepada
pengkarya/ pemilik rakaman khasnya. Ianya adalah satu pengiktirafan hak
pemilikan kepada pengkarya/pemilik hakcipta rakaman tersebut selain mampu
memberikan pulangan material dan moral yang tinggi kepada pengkarya/pemilik
rakaman melalui perniagaan seni yang sehat.
Kita berkumpul dan berbicara tentang peranan lagu/ muzik dalam sesebuah
penerbitan TV. Dalam proses negara kita menuju ke arah negara maju, kami
percaya semua penerbit TV turut memahami Akta Hakcipta Malaysia yang telah
memperakui setiap karya seni... baik lagu, lirik, muzik dan sebagainya ada
pemiliknya dan sebarang penggunaan karya-karya ini dalam apa juga bentuknya
pasti tertakluk kepada keizinan bertulis dari pemiliknya.
Semoga forum ini dapat memberi menafaat kepada semua pihak yang
terlibat.
Kami akhiri forum dan majlis tandatangan persefahaman ini dengan satu
harapan :
Agar PPTV serta ahli-ahlinya melihat kami di MPA dan OSM ini sebagai
satu rakan sepasukan dan bukannya pihak yang perlu dijauhi. Matlamat kita
sama... memberikan perkhidmatan dan karya terbaik kepada penonton/ pendengar!
Sekian, terimakasih.
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete