
Kerjasama
itu kelak menjurus kepada peluang yang bakal diberikan UUM kepada ahli
CCIG yang mendapat pentauliahan rasmi dari persatuan itu dalam
memperoleh peluang menjadi pengajar sambilan atau meneruskan pengajian
dalam bidang berkaitan industri kreatif di kampus berkenaan.
Kerjasama
itu secara rasmi dimeterai dalam satu majlis menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) antara CCIG dengan UUM yang berlangsung di Kafe
Skrin, Ukay Boulevard, Hulu Kelang,
.
MoU
itu ditandatangani Penolong Naib Canselor UUM, Prof Dr Norshuhada
Shiratuddin yang mewakili kampus itu, manakala CCIG diwakili
Pengerusinya, Jurey Latiff Rosli.
Hadir
sama menyaksikan MoU itu ialah Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman
dan Presiden Persatuan Produser Filem Malaysia (PFM) yang juga Ahli
Lembaga Penasihat CCIG, Datuk Yusof Haslam. Turut bersama, Dekan Pusat
Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Kolej Sastera & Sains
UUM, Dr Rosli Mohammed dan Timbalan Pengerusi CCIG, Datuk Ahmad Tamimi
Siregar.
Prof
Dr Norshuhada berkata, sejarah industri kreatif di UUM bermula sejak
lima tahun lalu dan tiga tahun lalu program Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Komunikasi diperkenalkan yang bakal menyaksikan kumpulan
graduan pertama seramai 60 pelajar akan menamatkan pengajian mereka
tahun depan.
25 artis lulus sambung belajar di UUM
“Sebelum
ini, UUM perkenalkan kumpulan pertama pelajar bidang kreatif menerusi
program khas seramai 25 artis yang terbabit termasuk Zed Zaidi, mereka
sudah jadi graduan tahun lepas. UUM setakat ini tawarkan kursus
berkaitan filem, muzik, animasi dan media interaktif.
“Kita
juga kini ada seorang felo dari kalangan anak seni iaitu Datuk Wah
Idris, dan tahun lepas UUM memberi ijazah kehormat doktor falsafah
kepada Datuk M Nasir. Kita sedang mempertimbangkan untuk menjemput Puan
Habsah Hassan pula selepas ini. UUM sedia terima anak seni dalam
industri kandungan kreatif untuk melanjutkan pengajian meskipun mereka
tidak mempunyai kelayakan akademik kerana pengalaman mereka akan
dijadikan asas untuk berpeluang menyambung pengajian dalam Ijazah
Sarjana Muda atau Sarjana. Ia tertakluk pada pentauliahan yang diberikan
CCIG.
“Peluang
jadi pengajar juga akan diberikan berdasarkan pengalaman ahli CCIG.
Kita akan beri bayaran yang sesuai mengikut profesionalisme seseorang
anak seni kerana itu amalan di UUM. Kami juga tawarkan pengajian
menerusi PJJ (Program Jarak jauh) kepada anak seni yang berminat sambung
belajar,” katanya.
Sementara
itu, Jurey dalam ucapannya menyambut baik kesudian UUM membantu ahli
CCIG dalam mengiktiraf tahap profesional penggiat industri kandungan
kreatif berdasarkan pengalaman dan pencapaian.
UUM muncul universiti keempat terima CCIG
“UUM
adalah universiti tempatan keempat yang bekerjasama dengan CCIG dalam
aspek ini selepas Universiti Malaysia Sabah, Universiti Multimedia
Malaysia dan Universiti Malaya, manakala selepas dalam masa terdekat
ialah Universiti Kolej Yayasan Sabah.
“Penggiat
seni dalam industri kandungan kreatif dapat berkongsi pengalaman dengan
warga universiti menerusi peluang menjadi pengajar dengan bayaran
sesuai mengikut profesionalisme. MoU ini untuk memberi garis panduan
kepada pihak universiti supaya lebih mengiktiraf penggiat seni yang
mempunyai pencapaian dan pengalaman yang ditauliahkan CCIG untuk mereka
dibayar sesuai mengikut kualiti pengalaman mereka dari segi kos bayaran
untuk mengajar.
"Sebabnya,
sebelum ini ada yang cuma bayar RM100 atau RM300 saja kepada penggiat
seni yang berpengalaman ketika jadi pengajar sambilan di universiti. MoU
ini juga adalah satu tanda pengiktirafan UUM kepada ahli CCIG untuk
jadi pengajar dan juga yang mahu menyambung pengajian sama ada dalam
bidang Sarjana Muda, Sarjana mahupun peringkat Doktor Falsafah.
http://www.tabloidseni.com/#!CCIG-UUM-jalin-kerjasama-iktiraf-profesionalisme-anak-seni/c5b1/55eb4bd70cf24e84f7623ceb
No comments:
Post a Comment