Thursday, June 21, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-5 (2011/2014)

Mohd Taha Ab Wahid
Setiausaha Kehormat


Salam 1Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa PTVM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5. Sehubungan dengan itu, Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 


Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut : 

Tarikh              :           30 Jun 2012, Sabtu
Masa               :           10.00 pagi
Tempat            :           Auditorium P. Ramlee Angkasapuri.

Oleh itu, kami sekali lagi mengingatkan kepada para ahli yang masih lagi belum membayar yuran tahunan untuk menunaikannya sebelum mesyuarat Agung ke-5 dilangsungkan kerana senarai terkini ahli yang aktif akan dihantar kepada pihak RTM. Kegagalan berbuat demikian, dianggap terkecuali dari keutamaan secara automatik.

Semoga dengan kehadiran Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, majlis ini akan diberkatiNya dan akan menjadi simbol keutuhan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

MOHD TAHA AB WAHID
Setiausaha Kehormat
PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA



No comments:

Post a Comment