Penyampaian dakwah melalui drama, filem mudah diterima masyarakat
KITA melihat ada bahayanya jika pendakwah terus dimomokkan dengan peranan yang tidak kena pada tempatnya dalam filem dan drama. Kita juga menyedari ada kesan negatif jika golongan ustaz dan pendakwah hanya diletakkan sebagai penghalau hantu atau jin dalam drama dan filem.

Kita juga harus berfikir ke depan apakah lagi peranan yang boleh dimainkan pendakwah dalam misi mengislahkan masyarakat melalui media dakwah.
Prof Ab Aziz Mohd Zin menjelaskan dalam bukunya Pengantar Dakwah Islamiah bahawa media dakwah ialah saluran untuk disampaikan kepada sasaran.
Media yang berkesan untuk dakwah harus terkini, disukai ramai dan mudah diakses. Atas dasar itu, badan dakwah kerajaan seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menubuhkan radio ikim.fm untuk tujuan penyaluran dakwah.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula menubuhkan radio Salam dan stesen televisyen al-Hijrah untuk dijadikan media dakwah. Di pihak swasta, stesen televisyen berbayar seperti Astro Oasis juga mengorak langkah sama iaitu menyediakan program dakwah kepada madu’.
Stesen televisyen sedia ada seperti RTM, TV3 serta TV9 mula menambah baik program agama mahupun drama berunsur dakwah walaupun masih berada dalam kuantiti yang belum memuaskan.

Ab Aziz juga melakukan kajian di kalangan 123 penduduk Cina di Kuala Lumpur mengenai media yang lebih senang didengari atau didapati maklumatnya.
Hasilnya, 1.74 peratus responden memilih televisyen, 2.6 peratus memilih akhbar, 3.6 peratus (radio), 4.24 (majalah) dan 5.24 (perbincangan biasa).
Jelas, drama dan filem boleh menjadi media dakwah sangat berkesan kerana mudah diperoleh, menggunakan semua deria pelbagai menyebabkan apa yang dilihat dan didengar lebih mudah meresap ke dalam minda.
Dusuki Ahmad, dalam tulisannya bertajuk ‘Cabaran Dakwah Dalam Memanfaatkan Industri Drama’ menunjukkan jumlah penonton yang meningkat serta kesedaran masyarakat kepada agama membuka peluang dakwah melalui media.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Siti Rogayah Tibet dalam sebuah laporan akhbar berkata, penulis skrip dan penerbit drama harus menghasilkan karya yang membawa nilai dakwah secara tidak disedari.
Kesedaran itu seharusnya mewujudkan sentuhan halus dari dalam lantas mencetuskan kesan kebaikan. Oleh itu, unsur kreatif dalam penghasilan mesej dakwah melalui drama penting bagi mengekalkan mood penonton untuk terus menghabiskan cerita yang ditonton.
Justeru, pendakwah harus bertindak secara langsung sebagai pemain dalam bidang industri penyiaran sama ada sebagai penulis skrip, pengarah mahupun penerbit filem dan drama. Dengan cara ini, isu salah faham terhadap hukum dapat diselesaikan.
Mengambil kira golongan remaja dan muda menggemari hiburan, mahu tidak mahu golongan pendakwah harus membabitkan diri dalam bidang kesenian.
Industri filem dakwah di Indonesia mendahului kita seperti filem Kiamat Sudah Dekat yang mengisahkan pertembungan budaya dua golongan, barat dan timur. Aspek dakwah dicetuskan dengan baik oleh pengarah dengan penerapan unsur hiburan terkawal.
Akhirnya didikan ilmu ikhlas dapat difahami secara tidak langsung melalui dialog ringkas dan menarik. Filem dakwah tetapi digarap dengan sedikit unsur humor dapat menarik minat golongan muda.
Pendakwah hendaklah berdamping dengan golongan karyawan dengan berdialog dan memberi pandangan mengenai prinsip kesenian menurut Islam kepada mereka. Usaha ini penting supaya mereka menjadikan dunia seni sebagai misi dakwah, bukan hanya mencari keuntungan semata-mata.
Berdakwah di media bukanlah sesuatu yang asing. Layar perak harus dijadikan medan menyebarkan kefahaman mengenai agama.
Pendakwah harus mengambil tanggungjawab berdakwah di media sebelum peranan itu diambil oleh individu yang kurang jelas kefahamannya terhadap agama. Dakwah harus menggunakan pelbagai medium untuk mendekati masyarakat.
Berita Harian
Oleh Ruzain Syukur Mansor
20/09/11, Selasa
No comments:
Post a Comment