Tuesday, November 23, 2010
PTVM – Tercetus untuk membela
Bermula dengan perbincangan spontan antara tiga rakan, En. Jurey Latiff Rosli, En. Yusof Kelana dan En. Mohd Taha Ab Wahid, akhirnya lahirlah satu-satunya badan Persatuan khusus bagi membela nasib para penerbit televisyen tempatan: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM). Langkah pertama bermula pada 30 Mei 2007 yang akhirnya telah melahirkan PTVM secara rasminya pada 14 Februari 2008 yang lalu. Mesyuarat Agong yang pertama telah diadakan dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2008 sekaligus melahirkan ahli-ahli EXCO PTVM bagi penggal 2008/2011.
PTVM yang kini dianggotai sejumlah 56 buah syarikat produksi tempatan, yakin bahawa pendekatan yang lebih berhemah serta mengamalkan konsep bermusyawarah di dalam memperjuangkan isu-isu serius penerbitan akan menjadikan industri penyiaran tempatan berkembang dengan lebih indah. Berbekalkan perlembagaan yang diatur rapi bagi memelihara kepentingan ahli-ahli, PTVM turut menekankan keutamaan untuk mewujudkan hubungan baik antara Persatuan dan pihak kerajaan atau swasta yang terbabit di dalam industri penyiaran. Sehingga kini keahlian telah menjangkau 83 ahli.
Sesungguhnya PTVM akan terus berdiri kukuh bagi memastikan industri penyiaran tempatan akan terus maju seiring dengan asakan globalisasi ke taraf antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment