Friday, October 2, 2015

FDAM tetap curiga kesahihan calon FFM ke-27

Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) mengesyaki wujud unsur penipuan dalam pencalonan untuk anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27 yang telah berlangsung pada 6 September 2015..
Salah satu syarat utama yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah menjadi ahli berdaftar - sama ada dengan FDAM, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atau Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima).
Bagaimanapun, semakan FDAM mendapati ada antara calon yang menjadi finalis FFM kali ini tidak menjadi ahli kepada mana-mana persatuan.
Setiausaha Kehormat FDAM Datuk Abdul Rahim Awang berkata, ada kemungkinan calon terbabit menggunakan nama orang lain yang berdaftar dengan persatuan tertentu untuk membolehkan mereka dicalonkan dalam FFM ke-27.
“Penipuan kerap berlaku. Misalnya bagi kategori pengarah. Ada individu memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem tetapi yang mengarah filem itu, orang lain,” katanya kepada Malaysiakini.

Dua surat dikirim
Persoalannya yang dibangkitkan FDAM adalah, bagaimana Perbadanan Kemanjuan Filem Nasional (Finas) boleh meluluskan Sijil Perakuan Penggambaran Filem (SPP) kepada pengarah yang tidak menganggotai sebarang persatuan berdaftar.
"Pematuhan peraturan Padu Citra yang dipersetujui Finas gagal diambil kira dalam penilaian FFM kali ini," kata Abdul Rahim.
Klausa 7 (1) peraturan Padu Citra menyebut, produser yang ingin membuat penggambaran dikehendaki memastikan setiap individu yang terlibat menjadi ahli atau berdaftar dengan persatuan diiktiraf.
Dalam laman sesawang Finas pula, pada bahagian pelesenan disebut karyawan tempatan yang terlibat dalam penggambaran filem hendaklah menjadi ahli kepada mana-mana persatuan yang diiktiraf oleh Finas di bawah peraturan Padu Citra, iaitu Profima, SENIMAN dan FDAM.
Abdul Rahim berkata, FDAM sudah mengutus dua surat kepada Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman, tetapi gagal mendapat penjelasan memuaskan.
“Kami menghantar surat pertama. Ia dibalas namun tidak menjawab persoalan yang kami ajukan.
“Kemudian kami menghantar surat kedua, namun hasilnya sama.
“Itu sebab kami siarkan kenyataan akhbar untuk menjelaskan perkara ini kepada umum,” katanya.

Kes istimewa 24 jam
FDAM - dalam suratnya - turut meminta penganjur FFM ke-27 menasihati calon terbabit untuk segera mendaftar sebagai ahli persatuan diiktiraf, namun hal itu juga tidak dijelaskan dalam maklum balas Finas.
“Sekiranya calon terbabit sudah menghasilkan filem, mereka layak menjadi ahli dan ia akan diluluskan sebelum acara itu berlangsung.
“Dalam kes istimewa seperti ini, ia tidak menjadi masalah,” katanya.
Abdul Rahim menegaskan, pihaknya tidak berniat untuk mencetuskan perbalahan mahupun menyinggung hati sesiapa.
Baginya, mereka hanya menjalankan tanggungjawab selepas mendapati ada kepincangan dalam pencalonan akhir FFM ke-27 ini.
Sebenarnya, kata Abdul Rahim, proses untuk menjadi ahli FDAM tidaklah sukar.
Katanya, bagi mereka yang pertama kali mendaftar hanya dikenakan bayaran RM300. Kemudian, untuk menjadi ahli bersekutu bayarannya RM60 setahun. Selepas itu, untuk menjadi ahli aktif RM120 setahun.
“Proses itu biasa kami luluskan dalam mesyuarat bulanan.
“Namun dalam kes istimewa seperti ini kami akan luluskan dalam masa 24 jam,” ujarnya.

https://m.malaysiakini.com/hiburan/310853#.Veb82a8OH5o.facebook 

GAFIM, PPIM bakal jalin kerjasama bantu penggiat industri filem



GABUNGAN Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM)
yang memayungi 11 pertubuhan anak seni khususnya dalam perfileman dan muzik di negara ini mula merangka kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam usaha  membantu meningkatkan taraf hidup terhadap golongan penggiat seni.

Kerjasama itu menjurus kepada usaha membantu meningkatkan pendapatan kebanyakan anak seni dalam bidang filem dan televisyen serta muzik yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau gaji bulanan, termasuk caruman KWSP selain meningkatkan pendapatan bulanan minimum RM1,200 sebulan.

Ketika ini, masih ada ramai penggiat seni yang bekerja sebagai krew sesebuah produksi filem cuma mendapat upah sekitar RM700 dan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerja tetap berikutan ia bergantung kepada tempoh projek produksi yang disertainya.

Contohnya, jika seorang operator kamera atau pembantu produksi bidang penataan set ditawarkan bayaran upah sebanyak RM1,000 untuk satu penggambaran telemovie ia hanya mampu untuk mengikut produksi dalam tempoh dua minggu saja, kemudian tenaga krew itu terpaksa menganggur kerana terpaksa menunggu pula projek lain yang tidak pasti ada atau tidak.
 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menerima kunjungan hormat Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Kapten (K) Khir Mohd Noor di pejabat PPIM, di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Nadzim menggesa GAFIM untuk meneliti semula isu gaji pekerja filem dan sesuatu harus dilakukan dengan mendesak kerajaan untuk berbuat sesuatu dalam masa terdekat.

“Kita kena kaji semula apa kelemahan dalam industri hiburan khususnya bidang perfileman dan TV yang menyebabkian ramai krew dikatakan masih bergaji rendah, tidak mencapai standard gaji minimum di negara ini. Kita di PPIM sedia bekerjasama, suara GAFIM harus lebih kuat untuk memperjuangkan isu ini,” katanya dalam pertemuan itu.
Sementara itu, Jurey Rosli berkata, sokongan PPIM yang mahu membantu GAFIM sangat dialu-alukan demi masa depan penggiat bidang perfileman di negara ini.

“Kita kesal sebab standard gaji bidang penerbitan filem dan drama TV tidak berlaku adil, masih ada krew yang cuma bergantung dengan pendapatan purata sebulan RM700. Mereka ini tidak ada slip gaji dan sukar untuk mendapat pinjaman beli rumah dan kereta,” katanya kepada TabS selepas pertemuan itu.



Bagi Khir, isu berkenaan sebenarnya sangat menyedihkan sebab orang anggap kerja dalam dunia filem atau penerbitan TV memang indah dan mungkin mewah sebab mereka nampak gaya hidup bintang filem yang mewah, tapi malangnya nasib ramai krew tidak menentu termasuklah mereka yang jadi pelakon bukan sepenuh masa.

“Ramai krew filem yang masuk kategori miskin tegar, tidak mampu beli rumah sendiri dan tidak boleh beli harta sebab tidak ada gaji tetap, selain ada krew yang tepaksa buat kerja lain sebagai ikhtiar mencari pendapatan sampingan demi survival,” katanya. - TabS


Tuesday, September 1, 2015

Kepada : Ahli Persatuan PTVM.

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PAMERAN MALAYSIA FILM EXPO 2015 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk pertama kalinya akan menganjurkan Malaysia Film Expo 2015 pada 04 September 2015 bertempat di Dewan 1, Kuala Lumpur Convention Centre. Persidangan ini adalah untuk mempamerkan pelbagai aspek yang wujud di dalam industri perfileman di tanah air kita.

Kami menyediakan ruang pameran yang menarik seperti kerja-kerja bagaimana pengesan gerakan (motion tracking) berfungsi, sample rekabentuk set penggambaran, prop filem ikonik, studio animasi dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah menjadi salah satu set misi substantif untuk mendidik generasi muda mengenai perkembangan industri filem di tanah air kita.
        
Sehubungan itu, bagi menjayakan expo tersebut, FINAS amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan dapat menyertai pameran tersebut.

Untuk makluman YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan booth untuk pameran akan disediakan oleh pihak penganjur dan sekiranya YBhg Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan ada pertanyaan boleh menghubungi urus setia ditalian
03-4104 1525.

Semoga kerjasama dari pihak YBhg.Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan  dapat melancarkan lagi majlis yang bakal berlangsung serta didahului dengan ucapan terima kasih.


Tarikh dan Masa : 4hb Sep 2015(Jumaat),10am-10pm

5hb Sep 2015(Sabtu),10am-6pm

Tempat : Dewan 1,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC)


Aturcara :

9.30am : Ketibaan Tetamu.

10.00am: Ketibaan Tetamu Kehormat.

10.15am: Pelancaran 'Malaysia Film Expo 2015'.

11.00am: Lawatan Tetamu Kehormat ke Pameran Film Expo.

12.00am: Keberangkatan Pulang Tetamu Kehormat.

3.00pm: Aktiviti-aktiviti 'Malaysia Film Expo 2015'.

10.00pm: Bersurai


Nota : Kepada ahli-ahli PTVM yang berminat dan ingin menyatakan kehadiran,sila hubungi Setiausaha Kerja sebelum atau pada 3hb September 2015.

Sekian,

Saya yang menjalankan tugas,

Irwan Shah Mohd Yusof
*Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)*Suite 35-1, Jalan 45A/26,Taman Sri Rampai,53300 Setapak,Kuala Lumpur
Tel :  03 4149 9466
Fax : 03 4149 9946





Monday, August 24, 2015

Dear Industry Players,

We are pleased to inform you that FINAS will be organising an industry specific event within the context of KL Converge! 2015, to be held in the Kuala Lumpur Convention Centre from 27 - 29 August, 2015. We would like to extend a personal invitation to you and your colleagues to attend this event.

A half day series of talks will be held on 27 August which will be of interest to you and your staff as they are dedicated to boosting the Malaysian content industry. Please register your participation as below.

In addition, there will be 2 days of B2B networking sessions specially designed to offer you, Malaysian sellers of content, an ideal opportunity to meet with over 40 international buyers of content and producers looking to develop co-production or production projects with Malaysian companies. This is a not-to-be-missed opportunity for you to meet and network in a closed setting, key potential clients for your content and product. You are therefore, cordially invited to register for the B2B programs.

For this purpose, we have buyers coming from Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Japan, Lebanon, Mauritius, Myanmar, Pakistan, Singapore, South Africa, South Korea, Thailand, Turkey, and UAE.

Based on your company profile and the products or services you are looking to promote, our teams will match make you with the best suited “buyers”. You will be provided with a schedule of meetings in advance. In order to do this, could we please ask you to confirm your attendance so that our team can start preparing the meetings for you. Please do not hesitate to invite your colleagues to attend too.

Attached please find the planned schedule of events for the content side of KL Converge! 2015.

You can pre-register via : http://www.klconverge.my/Register. Please consult our Facebook page : https://www.facebook.com/KLConvergeFINAS?fref=ts for all the latest news on the activities FINAS is organising during KL Converge! 2015.

Please do not hesitate to contact us if you have any questions or require any additional information.

We look forward to welcoming you to KL Converge! 2015.

Thank you and kindest regards,
https://www.facebook.com/KLConvergeFINAS

Monday, August 10, 2015

Sedikit Gambaran Ketika Mesyuarat Diantara PTVM Dengan MCMC



 Antara Agenda Mesyuarat diantara PTVM dengan MCMC adalah :

1. Intelectual Property.

2. Rate Kandungan Televisyen.

3. Program TV yang double standard diantara Stesyen TV swasta dan Kerajaan

4. PTVM mencadangkan Badan Bebas yg dianggotai Ptvm Penerbit sendiri,Pihak Kerajaan Dan Stesyen TV bagi memantau perjalanan industri

5. Dan isu-isu berkaitan masalah industri.

6. Meminta agar PTVM diserapkan sebagai antara badan bukan kerajaan yang memberi input -input yang bernas dan bermanafaat ke dalam Akta Multimedia yang berkaitan industri.