Wednesday, March 21, 2012

PENYERTAAN ANUGERAH PROFIMA 2011 “GENERASI MUDA PENERAJU INDUSTRI KREATIF”

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) akan menganjurkan penganugerahan tenaga kerja di belakang tabir penggambaran filem dan penerbitan televisyen. Anugerah Profima membuka peluang kepada pihak penerbitan untuk menghantar hasil karya filem ataupun program televisyen.

Tarikh tutup penghantaran ialah pada 31 Mei 2012.

Syarat pertandingan, borang penyertaan dan senarai kategori filem dan program televisyen yang dipertandingkan boleh didapati di pejabat PROFIMA di 2738B, Jln Changat Permata, Tmn Permata, 53000 Kuala Lumpur / hubungi pejabat PROFIMA di talian 03 – 4106 0166, Cik Aida atau Puan Sharifah.

Harap maklum.

Tuesday, March 13, 2012

JEMPUTAN FORUM AKTA HAKCIPTA DAN CETAK ROMPAK

Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan (AHLI-AHLI PTVM),

FINAS akan mengadakan Forum Akta Hakcipta Dan Cetak Rompak.

Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri Forum tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat

Masa : 4.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat : Studio Sound Stage FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

Atas kehadiran Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan ke Forum tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.