Tuesday, March 13, 2012

Jemputan Ke Majlis Pelancaran Hari Tebuka FINAS - Transformasi Ekosistem Filem 2012 dan Hari Terbuka FINAS - Transformasi Ekosistem Filem 2012.

Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan,

FINAS akan mengadakan Majlis Pelancaran Hari Tebuka FINAS - Transformasi Ekosistem Filem 2012 dan Hari Terbuka FINAS - Transformasi Ekosistem Filem 2012.

Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

1. Majlis Pelancaran Hari Tebuka FINAS - Transformasi Ekosistem Filem 2012

Tarikh : 15 Mac 2012, Khamis

Masa : 1.00 tengahari

Tempat : Studio Sound Stage FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

2. Hari Tebuka FINAS - Transformasi Ekosistem Filem 2012

Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Studio Sound Stage FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.

Atas kehadiran Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan ke majlis tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday, March 7, 2012

MESYUARAT AJK PTVM KE 27 (2011/2014)

En. Mohd Taha Ab Wahid
Setiausaha Kehormat PTVM
Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan (AJK PTVM Sahaja),

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan menghadiri Mesyuarat AJK PTVM Ke 27 (2011/2014). Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 08hb. March 2012

Hari : Khamis

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PTVM, Tmn Sri Rampai.

Sehubungan dengan itu kehadiran Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan, adalah diwajibkan. 

Kerjasama dan tindakan daripada Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan, amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.



Yang benar,
PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA
MOHD TAHA  AB WAHID
SETIAUSAHA KEHORMAT


Kosmo
07 March 2012
Rabu