Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL DARI PRESIDEN PTVM


Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul SAW yang jatuh pada hari Ahad 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah kepada Umat Islam seluruh Malaysia.

Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh berlakunya ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia dan pada kali tahun ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam yang jatuh pada 7 Februari 2012 kepada semua rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu di Malaysia.

Kepada yang lain selamat bercuti & berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat Jiwa Selamat.

Saturday, January 28, 2012

SEMINAR KERJASAMA PERFILEMAN MALAYSIA-INDONESIA

Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan (Semua Ahli PTVM),

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL SHORT FILEM FESTIVAL 2012 dengan segala hormatnya menjemput Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan ke Seminar Kerjasama Perfileman Malaysia – Indonesia pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 31 Januari 2012, Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

Seminar ini akan turut disertai oleh delegasi dari Indonesia iaitu :

1. En. Aditya Gumay, Pengarah;
2. En. Adenin Adlan, Penulis Skrip / Penerbit;
3. En. Robby Busri, Jurufoto & Wartawan Lepas; dan
4. 2 orang dari Kementerian Kebudayaan & Ekonomi Kreatif (Direktorat Film) Indonesia

Atas kehadiran Y.Bhg. Datuk / Tuan / Puan ke Seminar tersebut amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Masuk Percuma. Pendaftaran terus di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Harap Maklum.

Friday, January 20, 2012

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI PRESIDEN PTVM



Salam 1Malaysia!
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khasnya ahli PTVM dan khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Semoga di Tahun Naga ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! Semoga di Tahun Naga ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!

Wednesday, December 7, 2011

Malam Anugerah Festival Dokumentari FINAS

Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan (AJK PTVM Sahaja),

Ketua Pengarah FINAS dengan segala hormatnya menjemput Y. Bhg. Datuk / Tuan / Puan Ke Majlis Malam Anugerah Festival Dokumentari FINAS. Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 11 Disember 2011, Ahad
Masa : 8.00 malam
Tempat : Studio Sound Stage, FINAS

Atas kehadiran YBhg Datuk / Datin / Tuan / Puan ke Majlis ini amat dialu-alukan dan dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Harap Maklum.

(sila lihat email)

MESYUARAT AJK PTVM KE 26 (2011/2014)

Datuk / Tuan / Puan,

Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan  Datuk / Tuan / Puan menghadiri Mesyuarat Bulanan AJK PTVM Ke 26.  Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-


Tarikh               :           08hb. Disember 2011

Hari                  :           Khamis


Masa               :           4.00 petang


Tempat            :           Tingkat 1, K Club, Jalan Melawati 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.


Sehubungan dengan itu kehadiran Datuk / Tuan / Puan, adalah diwajibkan.

Kerjasama dan tindakan daripada Datuk / Tuan / Puan, amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Rozie